KUALA LUMPUR: Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata isu melibatkan lesen pengusahaan minyak adalah di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan bayaran subsidi minyak diuruskan oleh Kementerian Dalam Negeri.
"Namun, jika wujud sebarang unsur ugutan terhadap pengusaha stesen minyak, maka ia menjadi bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Jika ada (ugutan), maka pihak berkenaan harus membuat laporan polis untuk PDRM mengambil tindakan selanjutnya," katanya selepas merasmikan Karnival Pencegahan Jenayah di Flat Sri Sabah, Cheras, di sini hari ini.
Program sehari itu memfokuskan kepada pencegahan jenayah terhadap masyarakat setempat selain diadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata setakat ini PDRM belum menerima laporan polis berkaitan isu ugutan tersebut.
Selasa lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan terdapat pengusaha stesen minyak diugut sindiket penyeludupan supaya terus menjual diesel bersubsidi kepada mereka.
Beliau berkata selain menerima ugutan, ada antara pengusaha stesen minyak terbabit turut didatangi samseng.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 27 2024
Saifuddin ketika sidang media selepas merasmikan Karnival Pencegahan Jenayah di Perumahan Awam Sri Sabah, hari ini. - Foto Bernama
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
Pengusaha stesen minyak perlu bersedia hadapi peningkatan kenderaan
Pengusaha perlu membuat persediaan awal bagi memastikan bekalan minyak mencukupi bagi kegunaan semua kenderaan.
Pengusaha stesen minyak dijangka tanggung rugi hingga RM40 juta tengah malam ini - PDAM
Tambah Presiden PDAM, kemelut penetapan harga minyak mingguan juga dijangka perlu diperhalusi.
Formula baharu harga minyak akan diumumkan - Hamzah
Mengikut kaedah yang digunakan sekarang, pengusaha stesen minyak akan mengalami kerugian sekiranya harga bahan api itu terus turun.